OT tu apa
Saya selalu dengar "OT" tapi tak berapa faham apa dia buat sebenarnya.
9:02 PGOT = occupational therapy, dalam Bahasa Malaysia dipanggil terapi cara kerja (ada juga eja terapi carakerja atau pemulihan cara kerja).
Fokus dia bukan kekuatan otot atau berjalan — itu bidang fisioterapi. OT fokus pada kemahiran hidup harian: makan sendiri, pegang pensel, pakai baju, fokus di sekolah, urus diri semula selepas strok, atau bersedia kembali bekerja.
9:04 PGOk. Anak saya ada masalah macam ni, ke pun ahli keluarga baru kena strok — boleh bantu?
9:06 PGBoleh. Kami bantu dua kumpulan utama:
- Kanak-kanak — autism, lambat bercakap, masalah motor halus, masalah sensori, susah fokus di tadika/sekolah
- Dewasa & warga emas — pemulihan selepas strok, latihan urus diri, pemulihan tangan selepas kemalangan, persediaan kembali bekerja
Pilih bandar anda
Saya duduk di mana ni relevan ka?
9:10 PGRelevan — pilihan dan cara kami bantu sikit berbeza ikut bandar, terutamanya di kawasan yang pilihan OT masih terhad. Cari bandar anda:
Bandar yang sudah ada panduan
Tawau Terapi cara kerja untuk Tawau → Johor Bahru Belum ada halaman — mesej kami terus → Kota Kinabalu Belum ada halaman — mesej kami terus →Bandar saya tiada dalam senarai. Macam mana?
9:13 PGTak apa — mesej kami terus. Beritahu bandar anda dan masalah utama, kami cuba bantu terangkan pilihan yang ada, walaupun bandar tu belum ada halaman sendiri lagi.
9:14 PGSebelum mula
Ada apa-apa saya patut tahu dulu sebelum bawa anak/ahli keluarga jumpa OT?
9:16 PGTiga perkara jujur:
- Kos — hospital kerajaan murah (RM5–30) tapi senarai menunggu panjang. Swasta biasanya RM120–250 sesesi.
- Home program penting — kemajuan sebenar bergantung pada latihan berterusan di rumah, bukan sesi sahaja.
- Berhati-hati dengan "penawar segera" di media sosial — tiada vitamin/produk terbukti "merawat" autism. Intervensi awal & konsisten yang terbukti membantu.
Ok, saya rasa dah faham. Macam mana nak mula?
9:21 PGTekan bandar anda di atas untuk panduan lengkap, atau taip terus di bawah:
"Saya dari __, masalah utama __." Percuma untuk bertanya. 👇
9:22 PG